Sunday

http://www.emocutez.com#WORDLESS SUNDAY

Sumber : Facebook
Subhanallah.
He is so adorable!!!!!!!
May Allah bless you dear :)


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.comDon't complain!

Sumber : Facebook


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau Baginda s.a.w. ingin pada makanan itu Baginda s.a.w. pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka Baginda s.a.w tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Kalau tak suka, senyap. Jangan mencela makanan itu.  

PEACE! :)

#PRAYFORGAZA


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Sunday

http://www.emocutez.comTakmil wa istikmal

Apa khabar orang kampung?? :)
Last post was masa bulan ramadhan. Sesungguhnya tak tahu apa yang busy sangat. Plus rasa malas nak blogging.
No worries sebab no one cares kan?  *rolling eyes* haha

Takmil wa istikmal. Saling melengkapi.
Melengkapi untuk siapa, apa dan kenapa?
Maaf, ini bukan masuk bab jodoh lagi. Kalau bab jodoh mungkin untuk entry beberapa tahun lagi haha :P

Saling melengkapi dalam konteks berukhuwah.
*Layan lagu Sahabat Sejati by UNIC* -----> nak ambil mood buat entry :))


Credit to : Ain Amanie. Thanks syg :)

Ukhuwah itu sangat indah andai Dia menjadi asbab. Apa-apa sahaja menjadi indah kalau kita letak Dia sebagai matlamat. Berpegang pada apa yang membawa kita kepadaNya adalah sangat indah :')
Nilai ukhuwah tak dapat di beli dengan wang ringgit. Hanya hati yang dapat memahami nilai ukhuwah yang sebenar.

Seorang sahabat ditemukan dengan sahabat yang lain adalah untuk saling melengkapi. Saling membantu di kala susah dan senang. Saling bersama membawa cinta demi keredhaanNya.

Honestly, aku bukanlah sahabat yang terbaik. Dan aku bersyukur sangat mendapat sahabat yang dapat melayan perangai gila gila, emosi tak stabil aku ni yang entah apa apa. Tak kira masa dan tempat. You know who you are :)

Ingat senang ka nak dapat orang yang sanggup layan perangai buruk kita yang melebihi perangai baik.
Kadang-kadang bila bersendirian, aku muhasabah diri balik. *bagi aku,best time untuk muhasabah diri adalah bila waktu kita alone dan sebelum tidur*
Betapa banyak nikmat yang Allah bagi dekat kita dan tanpa kita sedar salah satu nikmat tu adalah sahabat, kawan, teman, or whatever, you just name it. Maksudnya sama, orang yang selalu ada untuk kita.

Manusia memang tak sempurna sebab tu Allah ciptakan manusia ni berpasangan. Ehh silap masuk channel pulak >.<

Hargai sahabat yang ada dengan kita sekarang. Ya, aku sangat hargai. Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan. Maafkan diri ini kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik untuk kalian. InsyaAllah aku cuba perbaiki kelemahan diri. Errkk skemanya bunyi. Seram pulak =.=

Sahabat, tolong jangan jemu untuk mengajak aku berbuat kebaikan. Aku takut hanyut ke jalan yang salah lagi. Tidak kira siapa pun anda, tegurlah bila aku membuat sesuatu yang kalian rasa tidak elok. Tegur dengan cara berhikmah, InsyaAllah hati ini dapat menerima. I'm not a good person. I'm striving to be a better person. Semoga Allah permudahkan.

Mari kita sama-sama melengkapi antara satu sama lain demi cinta kepadaNya. Siapa yang tak sayang sahabat sendiri? Kalau sayang, Ayuh!! Jangan biar sahabat kita terbuai dengan keseronokan dunia tanpa menyedari hari perhitungan semakin dekat. Jangan biarkan kita dipersoalkan di sana nanti. Jangan sampai bila mana kaki kanan kita sudah melangkah masuk ke syurga, kaki kiri ditarik oleh sahabat kita yang berada di dalam neraka dan berkata "Kenapa kau tak pernah tegur aku di dunia dulu? kenapa kau tak pernah ajak aku buat kebaikan? Kenapa kau biarkan aku hanyut dengan keseronokan dunia? Kenapa?" Dan akhirnya di mana tempat kita yang selayaknya?

Entry kali ni memang di tujukan untuk kawan-kawan sekalian sama ada yang kenal aku di alam nyata ataupun  alam maya, terutama mereka yang selalu bagi peringatan di twitter. Sungguh bila aku sign in twitter aku rasa macam berada dalam majlis ilmu. Tahu tak kenapa? Sebab mostly tweet ilmiah, Alhamdulillah. Di alam maya ni pun, kita kena pandai pilih siapa untuk kita berkawan. Macam ayat dalam karangan sekolah menengah dulu, pengaruh rakan sebaya sangat memberi kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Kan? *tolong jangan cakap yang hampa tak pernah buat ayat ni* :p
Kalau kita follow orang yang selalu memberi nasihat kepada kita , maka wangian nasihat itu InsyaAllah akan sentiasa mengiringi kita :) Maka, fikirkanlah yang mana terbaik untuk diri masing-masing. Kita dah cukup matang untuk berfikir.

Doaku buatmu sahabat :)


Ameen. Doa ini aku tujukan untuk semua yang mengenal diri ini. Aku sayang kawan-kawan aku. Tapi kadang-kadang I don't know how to express. Haha. Nak bagi hadiah selalu, aku pun tak kerja lagi. Pitih dop cukup :P Dengan berdoa adalah cara paling mudah dan berkesan, right? Doa yang baik-baik untuk kawan kita :)
Antara mereka yang dirinduiii......
Smkay F5 08
Fasi dan adik Rumah gemilang :')


H2 KMPK 2010/2011


Smkay batch 04/08



Akhowat #TeamHijrah Terengganu :)
 Yang lain, walaupun takda gambar di sini, gambar kalian tersemat di hati . Cewahh kasi cair sikitt :p



Sampai sini saja. Moga bertemu lagi, InsyaAllah.
Uhibbukum fillah

#PRAYFORGAZA


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Saturday

http://www.emocutez.comRamadhan wish + Encik Mimpi's song

Tuan punya belog yang bajet busy ni sampai tak sempat nak wish Ramadhan Kareem untuk semua -.-
Tup Tup dah nak habis ramadhan kan?
Tapi sempat lagi kot aku nak wish sekarang ni sebab still dalam bulan ramadhan HAHAHA
RAMADHAN KAREEM :)



Meh meh kita layan lagu EM ni.


Bro SHAM Kamikaze cakap ' Kejar ibadah, jangan kejar juadah' 

PEACE! :)


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

http://www.emocutez.comMuslimat Rabbani Awesome


Berdasarkan tajuk entry kat atas tu, bukan nak cakap yang aku dah join group nasyid Rabbani. HEHE
Hakikatnya, tu nama satu program. :)
Last weekend, aku join Kem Muslimat Rabbani dekat sekolah lama yang terchenta SMKAY. Bukan sebagai peserta, tapi join sebagai fasi *cewaahh kelass kauu jaahh* =p
Dah lama sebenarnya diri ni tak jadi fasi. Last jadi fasi tahun lepas! TAHUN LEPAS okay, dekat UPM. Punya la lamaa kan -.-
Tu yang tergagap gagap sikit nak jadi fasi kat sekolah sendiri pulak. HAHA Plus, adik adik yang kami handle semuanya hebat hebat dan pandai pandai. Terasa diri ini kerdil saja. -.-

Okeh, Pengembaraan bermula!!!! =)

Kereta yang dipandu Cik Liya selamat sampai di perkarangan ASPURI (Sebenarnya terTYPO ASPURA tadi) Apa kena la aku ni. Haihh
Ketibaan kami di sambut dengan paluan kompang bersama dengan *OKAY, TERUSKAN BERANGAN!* HAHA
Kak Tiqah aka PENGARAH PROGRAM la menyambut ketibaan kami. Lepas tu dapat jumpa Cik Dyan jugak. Dyan pun dah lama sampai,  kena tunggu kami yang lambat ni. SORRY.

Aku teragak-agak nak turun dari kereta. Aku taktau apa perasaan mereka mereka yang lain. Ka aku sorang saja yang ada perasaan macam tu? HEHE Bukan teragak agak kenapa. Tapi rasa segan dan seganlah =p Tapi tak tunjuk sangat lah perasaan tu. Cover saja. Yang bestnya kat sini, sampai sampai ada orang tolong angkat barang! HEHE Adik adik Form 4 yang aku jumpa dekat sekolah pagi tadi rasanya. *Time ni tak berapa nak kenal lagi siapa mereka tu* Anyway thanks ya.

Seperti yang diwarwarkan oleh Ustaz Rosli, kami stay dekat bilik warden. Tak kisah pun kat mana sebenarnya. Janji ada tempat boleh rehat sikit sikit cukup la. :)
Dah masuk perkarangan ASPURI tu, ada mata mata yang penuh dengan tanda tanya tengah tengok kami berlima (Aku, Dyan, Zahidah, Liya, Anis)
Dalam hati aku cakap 'Siap la budak budak ni, aku brainwash dengan clorox nanti!'
Tipu saja. HAHA Niat kami semua ke sekolah  cuma nak bagi pendedahan dan bantu mereka apa yang mereka tak tahu. Kami kan dah besar, dah matang. CEWAAAHH =p
InsyaAllah niat kakak kakak fasi semua yang datang ni bukannya nak tunjuk we are better than you but.. let us show you something better :)  
Fokus untuk kem ni adalah untuk adik adik Form 4 dan lepas tu adik adik Form 2 join jugak. InsyaAllah kem ni dapat guide diri dan jugak adik-adik supaya  menjadi Muslimat Rabbani.

SELINGAN~~ sumber : ProfGoogle

MUSLIMAT RABBANI? Apa tu?
Ok,meh sini nak bagitau. Muslimat tu tau kan, maksudnya Wanita Islam. Rabbani dalam konteks ni bermaksud orang yang memiliki sifat yang sangat sesuai dengan apa yang Allah harapkan. 
Bila di adunkan (Sedapkan bunyinya? Macam cookies pulak nak adunkan adunan) Muslimat Rabbani tu, maksudnya Wanita Islam yang memiliki sifat yang Allah redha. 
Semua yang hidup kat dunia ni, walaupun siapa dia tu, besar mana pun pangkat, cantik mana pun rupa paras, matlamat kita yang utama hanya satu, nak cari keredhaan Allah. Kan? :)

Sebenarnya aku sendiri pun bukanlah layak nak pi bagi nasihat bla bla bla dekat orang. Tapi kalau kita nak tunggu diri ni sempurna, nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak nasihat atau bagi peringatan dekat orang then sampai bila nak tunggu? Kalau Allah tarik nyawa sebelum sempat kita bagi peringatan kat orang, tak ke rasa ralat -.- Na'uzubillah.

Ok, back to our topic :)

Kalau diikutkan memang banyak nak cerita kat sini dan macam macam yang nak cerita.
Sehabis ringkas, aku try untuk cerita semua ni. Kalau ikutkan Cik Dyan, dia suruh buat in detail. Tapi terasa macam panjang semacam la pulak entry ni nanti. HIHI (Ni pun dah berjela jela)

Di sini lah pertemuan pertama berlaku antara aku dan juga Izzat, Nurul dan Michelle. Mereka ni fasi jugak.
Mula mula tengok dah nampak trio ni ayu semacam saja. Rasa segan menyelubungi diri. Betapa kerdilnya diri. :/
Lepas kenal tak sampai pun satu malam tapi dah rasa macam kenal lama. Sembang dan gelak gelak macam kawan lama.
Nurul!! Kak ira rindu nak dengar gelak kamu. Dahsyat jugak Nurul gelak :p (Nampak line tak?)
Michelle pulak jenis yang senang masuk. Friendly. Coolio habis.
Izzat pulak sporting!! Keayuan mereka masih terserlah di sebalik perangai yang agak 'gila-gila'.
Kesimpulannya mereka ni sangat awesome! rinduu rinduu :')

Okeh, sekarang adalah masa yang di tunggu tunggu. Aku nak tempek gambar adik adik yang comel comel belaka.  :)



Macam biasa, setiap kali Kem, peserta akan dibahagikan ke dalam group. Aku dan Dyan satu group. 
Ni group kami !!!
Suci kan muka adik adik kami, paling suci muka KIKI :) * Ada satu peristiwa kenapa KIKI di gelar muka suci * XD












Ni pun group aku jugak. HEWHEW Ada dua group. Kenapa? Jangan tanya, panjang sangat nak huraikan pun. Yang pasti both group sangat best! :)








Group Anis, :)

NEXT.. Group Liya

Then group semalaman Zahidah. Lepas tu adik beliau semua lari tinggalkan beliau!! =p



Lagi gambar...

Tak dilupakan menu DM yang menjadi santapan harian dulu kala. Ini ja yang sempat di SNAP. Yang lain semua di NGAP dulu.

Antara mereka mereka yang sedang menjamah makanan. Psstt.. kami compete dengan meja sebelah time makan. Pemenangnya of course meja sebelah HEHE *Ampunnn*
Antara aktiviti yang di jalankan.
Slot Mahabbah Rasul tu adalah first slot. Touching sangat time ni. Kak Tiqah yang handle. Boleh dikatakan semua orang menangis kan kan? Part paling tersentuh bila Kak tiqah tanya.. 'Andai anda diberi masa SEMINIT untuk berjumpa dan duduk bersama Rasulullah SAW, apa yang ingin anda katakan?' Time tu, aku usha usha jugak adik adik ni, air mata keluar mencurah curah. Yang tengah usha ni pun tak terkecuali jugak :p Plus, di tayangkan jugak video antaranya khutbah terakhir Baginda SAW. :')
Gambar atas sebelah kanan tu, adik adik di minita  untuk menulis seutus surat kepada Rasulullah SAW seandainya Rasulullah SAW masih ada. Apa yang ingin mereka katakan kepada Rasulullah SAW. Macam macam lah yang di tulis kan? Adik adik! Kami (Fasi fasi anda) curi baca jugak apa yang adik adik tulis tu. MashaAllah, adik adik ni semuanya hebat hebat. ( Pssttt...mereka ni sangat sesuai di buat calon isteri solehah tapi sayang, mereka masih muda HEHE ) Semuanya hendak bersama Rasulullah di akhirat kelak. Semuanya rindukan Rasulullah SAW. :') Semoga Allah menghitung tiap titisan air mata yang keluar pada malam itu sebagai bukti betapa Umat Muhammad rindukan Baginda SAW :')

Seterusnya Slot Dimana anda berada. Ni slot yang ke berapa ntah, dah tak ingat. Ehemmm eheemmm!! Slot ni di handle oleh aku dan Dyan. ;) Slot ni memberi penekanan tentang aurat sebagai Muslimah. Alhamdulillah, sedikit sebanyak di harapkan slot ni dapat membantu adik adik. Kak ira dan Kak Dyan minta maaf kalau ada salah silap sepanjang kami handle slot ni. DAN DAN DAN, di akhir slot tu ada ditayangkan video dari Aiman Azlan. Masa di tayangkan video ni ada sikit masalah dekat sound system so susah lah sikit nak dengar. Sorry yaa adik adik -.-
Di bawah ni ada letak video yang di tayangkan haritu. So siapa yang kurang jelas time di tayangkan haritu, boleh tengok kat sini!!  :)



Credit to Aiman Azlan.

Ada banyak lagi slot dalam Kem Muslimat Rabbani ni tapi tak dapat  nak masukkan semua dalam entry.
Gambar pun kurang sebab Cameragirl yang Profesional tak upload gambar lagi. HEHE Cikgu Michelle busy dengan kelas dan assignment beliau. :)
So aku tempek gambar gambar yang mana ada saja.
Adik adik menyanyikan lagu tema 'menuju wawasan' :)
Solat maghrib, Isyak dan Qiamullail di Surau An Najah SMKAY :') RINDU!!

Fasi bersama adik adik :)

FASI FASI ^^
laagggiiii gambar FASI
Group aku dan Dyan :)

Group aku jugak

KAMI LAGIIII

Gambar Michelle, Tiqah, Asma, Nurul dan Izzat tak da kat sini. Nurul dan Tiqah ada juga lah terselit sekeping. Maaf ya, bukan provokasi tapi guna handset so semestinya gambar group sendiri yang ada dengan banyaknya. Dapat pulak fasi yang tak habis habis nak bergambar. ISH ISH -.- kesian adik adik.

Terima kasih banyak banyak Dyan!! Sanggup tunggu berjam jam untuk send gambar ni.
So sebagai hadiah kena tempek gambar dia banyak banyak!
Thanks jugak tolong tangkap gambar group aku dan sabar melayan kerenah aku :p

Akhir kata Majulah sukan untuk negara!!
EHH EHH..
Majulah MUSLIMAH RABBANI untuk ISLAM!!

DYAN!!

LOVE YOUUU~~ HUHU
Tak dilupakan jugak, nak tempek gambar yang HOT di FB

Dyan melayan peminatnya :p
Macam aku cakap di awal tadi, banyak benda nak cerita tapi stop dulu lah sampai sini. Later I update entry pasal ni lagi. Ada satu kisah menarik lagi tertarik yang kisahnya SUBHANALLAH can't explain by ordinary word. :') 
InsyaAllah kalau diberi keizinan dan kesempatan kita cerita okay?

Kepada adik adik sekalian,
Kak Ira mewakili semua fasi dan juga Pengarah program, Kak Tiqah mohon maaf atas kekurangan dan salah silap sepanjang kami kendalikan Kem Muslimah Rabbani. 

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama. 
Terima kasih Ustaz Rosli. Selalu mengutamakan keselesaan kami semua. 
Terima kasih Ustazah Ilham. Bagi duit raya dekat kami walaupun puasa baru nak bermula :) 
Terima kasih adik adik yang di sayangi. Tak pernah tak dengar cakap. Selalu okay saja walaupun terpaksa berpindah randah ke banyak tempat sebab sedikit kekeliruan yang berlaku. Tragis betul kan? Tapi tu lah kenangan dan juga pengajaran untuk para fasi supaya lebih teliti lepas ni, InsyaAllah :)
Terima kasih untuk semua cikgu cikgu. Terlalu ramai, tak dapat nak di nyatakan dekat sini. Tapi sentiasa di hati. <3
Terima kasih Pakcik Rosli bagi bantal lebih dekat kami :p
Terima kasih Pak Long, bagi makanan freeeeeeee.
Terima kasih DM SMKAY. 
Terima kasih adik yang selalu pasang LCD tu. Tak ingat nama.
Terima kasih warga SMKAY.
Terima kasih Tiqah, Liya, Dyan, Anis, Zahidah, Nurul, Michelle, Asma dan juga Izzat!!

ALHAMDULILLAH. SYUKUR.

NotaKakiTangan: Ringkas sangat kan entry kali ni? LOL

I MISS THEM. :')



THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Sunday

http://www.emocutez.comMISS MY HERO


I MISS HIM. 
AYAH.
AL FATIHAH.

With LOVE,
Semoga dikau tenang di sana. :')


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.comSENTAP!

Semalam lepas tengok RM, mata tak boleh nak lelap lagi then meng'online'kan diri. 
Dan dan dan.. terjumpa dengan video yang sangat awesome ni.
Baru lepas gelak ketawa tengok RM (tuu la gelak sangat) pastu lepas jumpa video ni terdiam dan terpaku!
Serius sentap weh tengok video ni...
PELEPAP PELEPAP penampar terkena kat muka. -.-
Bersedia untuk kena penampar? =p
Klik video ni. Hehe.



Kita bangun qiamullail bukan sebab iman kita kuat, kita bangun qiamullail sebab nak kuatkan iman kita.
Kan?
Sepatutnya dah lama fikir macam ni.
Bila dah sentap tu jangan sentap kejap je. (pesan kat diri sendiri)
Susah? Memang susah. Hati manusia kan cepat berbolak balik. 
Mohon padaNya supaya di tetapkan hati ke arah kebaikan. :)
Nak istiqamah tu take time. Kena paksa diri. Bila paksa, yang terpaksa tu akan jadi kebiasaan.
Tak ikhlas? Biar tak ikhlas sekarang, suatu masa nanti ikhlas tu datang sendiri bila dah terbiasa. 
Kepada diri sendiri, jangan cari alasan!!
Jom kita sama-sama doa..
Yaa Muqallibal Quluub Tsabbit Qalbi 'Ala Diinik - Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.

Perjuangan tu memang pahit, sebab syurga Allah amat manis. :)

Pssstt..ada lagi 3 subjek menunggu untuk dijawab,pastu boleh balik rumah! 
Doakan saya  ;)

Notahati:YaAllah,tetapkan.hati.aku.dalam.menggapai.redhaMu.

MAY ALLAH BLESS ^^


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

http://www.emocutez.comWORDLESS~PROMISES.MEMORIES~

Sumber:PakcikGoogle.
Walau bertahun berlalu, ingatan tentang itu sentiasa di fikiran dan masih berharap.
BYE!

tag:#budakjersey22


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Wednesday

http://www.emocutez.com#WORDLESS~comel#


Awat comel sangat? :)



THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Tuesday

http://www.emocutez.comThoughts on Travelling feat. Miles by Aiman Azlan

First of all, dah lama ternanti-nanti vlog dari beliau.
Alhamdulillah, dah ada pun ni haa. 
Macam biasa, awesome! 
Dengan penuh perasaan beliau ekspres kan dalam vlog ni XD
Silalah klik untuk tengok :)



Terbaca satu comment said I love how you talk. *jeles tanpa perisa*
Oh, btw, Aiman azlan will be in Malaysia fron July to september.
Kalau ada jodoh kita jumpa kat Nilai ok. InsyaAllah, Aminn. :) *kalau mak bagi* XD
Tuu diaa statement..saja nak buat kontroversi la tu kan. Hehe.
Sebenarnya tengah cakap pasal seminar ni.


Jom la sama-sama kita penuhkan stadium tu, InsyaAllah. (kalau diberi permission oleh big bos, I will be there) ^^

Tukar topik sikit.. sekarang musim exam. 
Doakan saya :)
Tinggal lagi 5 killer papers . 
Sekian.
MAY ALLAH BLESS. 

P/S:I LOVE HOW YOU TALK . *sila abaikan ini*


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.comBULAN REJAB

BISMILLAH..
Alhamdulillah, sampai juga kita ke tarikh 1 Rejab1433H. 
ALHAMDULILLAH.
Hari ini rasanya tak akan bercerita panjang lebar, sekadar untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab dan mari sama-sama kita mengamalkan doa ini. Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Sumber: Facebook fattabiounimalaysia.

Nak kongsikan sikit. *Tadi cakap tak mau cerita panjang lebar* haha XD
Sorry laa..bila dah dapat tulis ni rasa macam nak tulis macam-macam saja.
Di sekolah dulu, selalu dapat brochure cerita pasal hadis ni 'Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku'. Aku baru tahu tu hadis yang dusta lagi mendustakan. My bad  >.< Rasanya kat sekolah dulu selalu je dengar-dengar hadis ni berkumandang di telinga. *aiyaaakkkk* Kalau nak tau penjelasan secara direct boleh klik SINI.
Macam tu juga mengenai puasa sunat di bulan Rejab. Bagi yang tak tahu lagi terutamanya diri saya yang anggap wujudnya puasa sunat rejab. Ini penjelasan dari Hilal Asyraf (confirm hampa semua kenal kan) hehe :) , pelajar jurusan Usuluddin di Yarmouk. Tiada masalah untuk berpuasa di dalam bulan Rejab, cuma kita kena faham tidak wujud di dalam kamus Islam sesuatu yang dinamakan Puasa Rejab. (Tiada masalah yang dimaksudkan di sini ialah, boleh kita berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis seperti biasa. Tidak diwajibkan dan juga tidak ditegah).

OH SNAAAPPPP!!!
Ok, ini je kot perkongsian yang tak seberapa. Mohon maaf kalau ada salah. Minta perbetulkan mana yang salah. :)
Disini saya sertakan jugak tweet IM Asyraf mengenai puasa di bulan rejab. :)




Tak lupa juga, nak selitkan nasyid dari kumpulan Devotees yang bertajuk Rindu Ramadhan. 
Jom,kita sama-sama hayati. 
BEST!! :)


Wallahu'alam.
MAY ALLAH BLESS. <3


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Sunday

http://www.emocutez.comManisnya Berdialog Dengan DIA.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis entry yang InsyaAllah semoga dapat manfaatnya bersama. Sekadar perkongsian, yang mana tak tahu lagi, semoga dapat manfaatnya. Kepada yang dah tahu sekadar peringatan bersama-sama. :)

Alkisah bermula~~ :DD

Aku ditag oleh seorang senior sekolah menengah dahulu didalam post beliau. (Thanks Kak Maryam)
Mengenai apa? Ya..inilah persoalan yang akan kita rungkai bersama, InsyaAllah..
Mengenai duduk antara dua sujud. Simple and easy right? Bangun dari sujud, duduk, then baca je lah kan ayat yang memang kita dah hafal dari kecil lagi.
HAFAL? yes, HAFAL.
Tapi.. adakah kita faham maksudnya?
Kepada yang anggukkan kepala tu, mabruk! :) Bagaimana pula dengan kita yang nak angguk pun macam nak tak nak. Nak geleng pun macam tak sampai hati. Mari kita muhasabah diri balik (terutama diri aku sendiri).
Disini aku nak kongsikan bersama, maksud disebalik ayat yang kita baca masa duduk antara dua sujud.

Di copy dari blog Ahmad Zaki. Klik gambar untuk ke Blog beliau :)

Betapa indahnya  maksud yang tiap kali kita lafazkan dalam solat.
Secara direct, kita telah memohon keampunan kepadaNya setiap hari, meminta diberikan kesihatan yang baik dan juga memohon rezeki yang kita sendiri tidak sedar. Kan?
MasyaAllah, sekiranya kita memahami maksud segala ayat dalam solat, InsyaAllah setiap kali solat, paling kurang pun air mata akan bertakung di kelopak mata mengenangkan diri yang hina ini.

Teringat semasa saya masih belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Untuk kelas agama, kami diminta untuk menghafal (mengHAFAL lagi..) maksud Al-Fatihah, Doa Qunut, Doa Iftitah, Duduk di antara dua sujud, dan tahiyyat akhir. (itu saja kalau tak silap aku).
Memang semua pakat pulun habis lah menghafal. Tu salah satu dari markah penilaian berterusan (carry mark) untuk subjek agama.
Alhamdulillah,memang sangat bagus tugasan yang ustazah bagi pada kami satu kelas.
Tapi nak tanya jugak kawan-kawan, lepas hari menghafal tu kita masih ingat ke tak apa yang dihafal? (Jawab dalam hati cukup) hehe :)
Teringat satu kata-kata hikmah yang perlu dihafal (OK..HAFAL lagiii) time PMR dulu untuk subjek B.Arab. "Al 'ilmu bila 'amalin kasyyajari bila tsamarin." 
Terjemahannya saya share dari blog seorang sahabat.


OH...SNAP!! (pinjam aimanazlan punya trademark) =p
Tak guna kita hafal sampai berbuih-buih mulut tapi at last, kita lupa (peringatan utuk diriku lagi).
HAFAL tu bagus. FAHAM lagi bagus. Kan? :)

Ok Ok. Mari kita imagine kan.
Sebelum tu nak minta maaf, contoh ni sekadar analogi untuk maksud yang aku nak sampaikan. Harap korang faham lah ye :)
Ok, cuba imagine kita nak jumpa kekasih kita yang dirindui dan dicintai segenap ruang nafas hidup ini. *ehem ehem.. Hiperbola sebentar. :) *
Kita memang nak sangat berborak, berchatting, berbual. Senang cerita, nak luahkan perasaan rindu dan cinta kepada si dia lah.
Tapi kita sendiri tak faham apa yang kita cakap dengan dia. Agak-agak lah berapa peratus cinta dia kat kita, bila kita sendiri tak bersungguh nak faham apa yang kita cuba nak cakap kat dia. Dan juga berapa peratus pula perasaan cinta kita pada dia? Mungkin akan berkurangan sebab kita tak dapat nak rasa manisnya berdialog dengan dia.
*eh..berbelit sangatkah analogi ni?* haha. XD
Lebih kurang macam tu lah yang aku cuba nak cakap, cuba kita tukar pulak dia yang disebutkan tadi dengan DIA yang menciptakan kita. :)
Kan lebih indah kalau kita dapat memahami apa yang kita cuba nak berdialog denganNya.

Diri sendiri masih banyak kekurangan.. Sangat banyak.. Cuba menyampaikan apa yang termampu.
Sekadar perkongsian dari diri yang serba kekurangan.
Mari kita sama-sama fahami maksud disebalik apa yang dilafazkan dalam solat kita seharian.
Maaf kalau ada yang tak kena dalam entry ini. Semoga dapat manfaatnya, InsyaAllah.

MAY ALLAH BLESS.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Tuesday

http://www.emocutez.comKecelaruan Maklumat by Matluthfi

New video by matluthfi :)


awesome :)

p/s: stop lying la wei..we are not that stiiuuuppiddd..


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

http://www.emocutez.comMakna bacaan solat

Mari kita sama-sama fahami :)



THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

http://www.emocutez.comMY GENERASI by Jinnyboy.



Bila tengok video ni teringat zaman sekolah baru-baru dulu-dulu kala *taknak mengaku dah kurang muda* haha
serius rindu. 
hantar hantar surat tu macam selalu  tak penah buat je. :p
Sebab kita pemalu *perasan ok* haha.
okieh. jumpa lagi.
May peace be upon you.

p/s:adaorangdahberanicurihatisaya!! ^^


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Wednesday

http://www.emocutez.comKEPUTUSAN CONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD.

Firstly nak minta maaf, terlewat sikit nak umumkan result contest ni.
Sorry kalau buat korang tertunggu tunggu. 
Ada yang tanya saya bila nak announce~  Sorry ye, minggu ni macam macam hal nak kena handle.

Ok ok.. Tanpa membuang ruang dan masa..
 I wanna announce the winner for this contest.
Oh ya!! Saya dah decide, pemenang bagi contest ni 2 orang.
Jom kita tengok sapa yang bertuah~


Kak Nida


Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang menyertai contest ni. 
Semoga Allah memberkati usaha anda dalam mendalami ilmu pengetahuan tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Sememangnya semua peserta sangat hebat. 
Saya sendiri berkali-kali memikirkan untuk memilih siapakah yang bertuah . 
Siap mintak tolong kawan suruh pilih lagi tu. hehe
Thanks SHU ^^


Ok, kepada peserta yang bertuah tersebut, sila hantar nama penuh dan alamat ke email sy..


zevo.atta@gmail.com


TERIMA KASIH.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Saturday

http://www.emocutez.comCONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD

Dah lama tuan punya belog ni menyepi. 
Taktau pasai pa. Hee.
Okieh. Sebab dah lama biaq belog ni bersawang, saya nak anjurkan satu contest untuk memeriahkan balik blog ni.


Gambar dipinjam dari pakcik google.


Contest ni senang saja :))
Sempena dengan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yg lepas, saya nak hampa hampa ceritakan dengan RINGKAS, PADAT dan MENARIK tentang Rasul junjungan kita ni. 
Cerita lah apa saja. Tentang sifat baginda yang paling hampa kagumi, ataupun mana mana sejarah hidup baginda yang bagi impak besaq dalam hidup ataupu apa apa saja. 
Diulangi, entry tu perlu RINGKAS SAHAJA. :)

Motif saya buat contest ni yang utama, of course untuk kita saling ingat mengingati sejarah& biography hidup baginda yang terkadang kita sebagai manusia biasa ni lupa. 
So, diharapkan bila kita pakat join contest ni, at least kita dapat revise balik apa yang kita tau pasai Nabi Muhammad saw. 

Okieh. syarat contest ni pun tak susah mana. 
Just buat satu entry yang bertitle "Jom Kenali Dia~MUHAMMAD"
Pastu hampa buat la satu link ke blog ni untuk sahabat2 blogger yang len supaya boleh jejak blog ni and join sekali contest ni. 
Tag lah sesiapa saja, paling kurang dua orang. 
Follow blog ni, untuk kesenangan hampa tau sapakah pemenang bila result tu diumumkan nanti :)) tapi tiada paksaan okieh. ^^
Simple je kan syaratnya?

So, tunggu apa lagi, meh pakat join. 
OH YA!! hadiah!! Hadiahnya perlu dirahsiakan dulu.
Tapi, InsyaAllah hadiah tu sangat bermanfaat untuk hampa hampa semua :))
Pemenang akan dipilih berdasarkan keKREATIFan entry hampa. 
Tuan punya blog tak tetapkan lagi berapa orang pemenang. 
Doakan supaya rezeki  saya murah, so ramai yang boleh dapat hadiah ^^

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Februari 2012. 
Dan InsyaAllah keputusannya akan diumumkan pada minggu berikutnya.



Lepas dah siap entry boleh lah letak link entry hampa tu kat bahagian comment di bawah ni.

Selamat Maju Jaya ^^


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.com#18 Pro-Common Sense by AnwarHadi

Macam suma student u tau, sekarang tengah musim exam, so tak berkesempatan lah nak tulis kat blog nih.
So, macam biasa, tuan blog yang pemalas ni akan share vlog yang menarik. :))
He always comes out dengan video yang best, tapi kali ni isu serius sikit.
So, tunggu apa lagi.. 
SILALAH TEKAN BUTTON PLAY!!!!!!! ~~


I do agree with him. 
GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA 
YES, SIR. YOU ARE DAMN RIGHT.
SOKONG SOKONG!! SOKONG ANWAR!!
Dont get me wrong..
SOKONG ANWARHADI!! yeahhhhhhh.... :)) *winkwink*

FOOTNOTE::kalau di luar institusi,lain ceritalah sayang..naaa.. ~~*rolling eyes* :p


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Sunday

http://www.emocutez.comPertandingan Video Osem APG '11: Best Friend Till Jannah

MashaAllah. Video ni memang osem la.
Bergenang air mata tengok video ni. ( padahal dah menitis setitik =p)



Best Friend till Jannah eh? :D

footnote::Aku rindu kat kawan kawan yang dah lama sangat tak jumpa =.=


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)