Sunday

http://www.emocutez.comManisnya Berdialog Dengan DIA.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis entry yang InsyaAllah semoga dapat manfaatnya bersama. Sekadar perkongsian, yang mana tak tahu lagi, semoga dapat manfaatnya. Kepada yang dah tahu sekadar peringatan bersama-sama. :)

Alkisah bermula~~ :DD

Aku ditag oleh seorang senior sekolah menengah dahulu didalam post beliau. (Thanks Kak Maryam)
Mengenai apa? Ya..inilah persoalan yang akan kita rungkai bersama, InsyaAllah..
Mengenai duduk antara dua sujud. Simple and easy right? Bangun dari sujud, duduk, then baca je lah kan ayat yang memang kita dah hafal dari kecil lagi.
HAFAL? yes, HAFAL.
Tapi.. adakah kita faham maksudnya?
Kepada yang anggukkan kepala tu, mabruk! :) Bagaimana pula dengan kita yang nak angguk pun macam nak tak nak. Nak geleng pun macam tak sampai hati. Mari kita muhasabah diri balik (terutama diri aku sendiri).
Disini aku nak kongsikan bersama, maksud disebalik ayat yang kita baca masa duduk antara dua sujud.

Di copy dari blog Ahmad Zaki. Klik gambar untuk ke Blog beliau :)

Betapa indahnya  maksud yang tiap kali kita lafazkan dalam solat.
Secara direct, kita telah memohon keampunan kepadaNya setiap hari, meminta diberikan kesihatan yang baik dan juga memohon rezeki yang kita sendiri tidak sedar. Kan?
MasyaAllah, sekiranya kita memahami maksud segala ayat dalam solat, InsyaAllah setiap kali solat, paling kurang pun air mata akan bertakung di kelopak mata mengenangkan diri yang hina ini.

Teringat semasa saya masih belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Untuk kelas agama, kami diminta untuk menghafal (mengHAFAL lagi..) maksud Al-Fatihah, Doa Qunut, Doa Iftitah, Duduk di antara dua sujud, dan tahiyyat akhir. (itu saja kalau tak silap aku).
Memang semua pakat pulun habis lah menghafal. Tu salah satu dari markah penilaian berterusan (carry mark) untuk subjek agama.
Alhamdulillah,memang sangat bagus tugasan yang ustazah bagi pada kami satu kelas.
Tapi nak tanya jugak kawan-kawan, lepas hari menghafal tu kita masih ingat ke tak apa yang dihafal? (Jawab dalam hati cukup) hehe :)
Teringat satu kata-kata hikmah yang perlu dihafal (OK..HAFAL lagiii) time PMR dulu untuk subjek B.Arab. "Al 'ilmu bila 'amalin kasyyajari bila tsamarin." 
Terjemahannya saya share dari blog seorang sahabat.


OH...SNAP!! (pinjam aimanazlan punya trademark) =p
Tak guna kita hafal sampai berbuih-buih mulut tapi at last, kita lupa (peringatan utuk diriku lagi).
HAFAL tu bagus. FAHAM lagi bagus. Kan? :)

Ok Ok. Mari kita imagine kan.
Sebelum tu nak minta maaf, contoh ni sekadar analogi untuk maksud yang aku nak sampaikan. Harap korang faham lah ye :)
Ok, cuba imagine kita nak jumpa kekasih kita yang dirindui dan dicintai segenap ruang nafas hidup ini. *ehem ehem.. Hiperbola sebentar. :) *
Kita memang nak sangat berborak, berchatting, berbual. Senang cerita, nak luahkan perasaan rindu dan cinta kepada si dia lah.
Tapi kita sendiri tak faham apa yang kita cakap dengan dia. Agak-agak lah berapa peratus cinta dia kat kita, bila kita sendiri tak bersungguh nak faham apa yang kita cuba nak cakap kat dia. Dan juga berapa peratus pula perasaan cinta kita pada dia? Mungkin akan berkurangan sebab kita tak dapat nak rasa manisnya berdialog dengan dia.
*eh..berbelit sangatkah analogi ni?* haha. XD
Lebih kurang macam tu lah yang aku cuba nak cakap, cuba kita tukar pulak dia yang disebutkan tadi dengan DIA yang menciptakan kita. :)
Kan lebih indah kalau kita dapat memahami apa yang kita cuba nak berdialog denganNya.

Diri sendiri masih banyak kekurangan.. Sangat banyak.. Cuba menyampaikan apa yang termampu.
Sekadar perkongsian dari diri yang serba kekurangan.
Mari kita sama-sama fahami maksud disebalik apa yang dilafazkan dalam solat kita seharian.
Maaf kalau ada yang tak kena dalam entry ini. Semoga dapat manfaatnya, InsyaAllah.

MAY ALLAH BLESS.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

0 osem people menaip: