ASSALAMUALAIKUM
Semoga sentiasa dalam perlindunganNya. =)
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.
Yang lebih penting kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam sama ada percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut.
Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T.
Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Muhammad S.A.W.
credit to www.al-azim.com
2 osem people menaip:
salam israk mikraj...moge peristiwa di bulan rejab ni dapat diambil ikhtibar buat kte hamba2-Nya..
InsyaAllah. sama2 kita amik pengajaran yang mana patut. =)
Post a Comment