Wednesday

http://www.emocutez.comMEE DAN ADAM MUKHRIZ :p

ASSALAMUALAIKUM =)

LAPAR. hehe.

Tetiba perut ni teringat kat mee goreng mamak kafe C punya.
Wahai mee, terbang lah ke sini..

Time kat matrix dulu.. 
Boleh cakap tiap ari memang akan order mee goreng mamak.. Tak pun kuewteow. 
Tapi sebenarmya, lagi suka kuewteow. hee =)

Petang ni nak fly pegi KMPK lah. huhu
Bajet macam ada private jet je nak terbang sana sini suka suki. hee =p

Aisey..bila la nak ada private jet ni..
Oohh pilot pilot diluar sana.. 
Masuk la meminang saya. =p
Kalau boleh yang ala ala ADAM MUKHRIZ dalam novel ADAM HAWA tu ye. hehe.
 demand pulak! isy..  =p ~ngee

eh.. da babas tajuk ni.. wiwiwi

ni la mee yang saya slalu makan :p

nampak sedap kan?? makan lagi sedap =p

akhirnya...


haisyy.. sudaah jelas kesedapan mee nie.
tolong, mana2 pilot yang free, contact me..
Bawak saya terbang pegi makan dekat KMPK. 
hehehe. *muka mintak penampo*

=)


Sekian.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

http://www.emocutez.comISRAK MIKRAJ

ASSALAMUALAIKUM 

Semoga sentiasa dalam perlindunganNya. =)



Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. 

Yang  lebih penting kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. 

Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. 

Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam sama ada percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut. 

Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T.

Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Muhammad S.A.W.


credit to www.al-azim.com


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Tuesday

http://www.emocutez.comKELIRU

ASSALAMUALAIKUM :)

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan
keluarga yang bukan Islam.
 
Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan
masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam
rumah.
 
Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara
penyembahan mereka di luar.
Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya
kepada kita....
 
"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
 
dan secara amnya, kita akan menjawab...
 
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"
 
jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....
 
Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
 
tetapi apabila kita memberikan jawaban ...
"dia tengah sembah tuhan dia"
 
kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,
India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan
mereka lain dr kita.
 
Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan
ALLAH"
 
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"
Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah
melainkan ALLAH"
 
Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang
salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan keliru kan mereka.
 
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".


petikan dari : Siri kuliah maghrib di Surau Al Mutaqqun USJ 12.  
 


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

http://www.emocutez.comBIG APPLE

ASSALAMUALAIKUM (:
semoga sentiasa berada dalam perlindungannya :)

tetiba perut ni menggatal nak makan donut kat big apple.
teringat pulak time last outing sebelum abes sem kat matrix dulu.
punya la mengidam big apple, 
last2 dapat jugak makan.
ALHAMDULILLAH.
suka sangat.(mode : happy)


isy3.. nampak beno mengidam ye..

lepas makan kat situ..
jalan2 lagi..
tetiba terjumpa pulak secret recipe (padahal sengaja lalu)
singgah, makan lagi!!
share dengan lala brownies cake. (kami hantu coklat, coklat pun takut ngn kami) =p
nikmatnya.. hehe


melampau sangat tak? hee.
lagi satu kek, fafai ngn anis punya. :p

dah rasa macam hari makan sedunia,,
sebab lepas tu.. pegi tesco pulak..
makan kat KFC..
errr... tanya lagi ni.. melampau sangat ke? haha.

makan.makan.makan. =D

lpas tu baru senang hati nak shopping pun kan :)

 DONE.

bila lagi dapat jumpa camni? T_T
miss u guys.



THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.comatuk kata =)


ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup
panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA ..... orang muda hidup memang baru
bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study ..... past year papers ..
etc .. etc .. etc ..

ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, berpartylah
sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

wallahu'alam..
NOTAKAKI:THANKS  LISANUL HAKIM (:


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Sunday

http://www.emocutez.combihun vs mee

salam.
semoga sentiasa dalam perlindunganNya (:

tadi selongkar2 folder yang berterabur kat lappy nih.
tetiba terjumpa satu lawak yang boleh membuatkan at least anda tersenyum.
nak share  (: 

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat! musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"



notakaki :: janganjadimacambihunyangselaludengkidenganorang (: pesanan untuk saya juga. :D






THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Saturday

http://www.emocutez.com4 GOLONGAN LELAKI


Pertama : Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat :Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan anda.

Dimanakah kedudukan anda wahai kawan-kawan?
Mari bersama kita muhasabah diri. 
MAY ALLAH BLESS.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Tuesday

http://www.emocutez.comgadis bekerjaya (:

title yang tak bleh blah.
haha.


sebelum tu..
assalamualaikum.
semoga sentiasa berada dalam perlindunganNya (:

baru berpeluang nak menjenguk site ni.
terubat rindu. ngehehe..

berkerjaya kah?haha.
saja gatal2 post. rasa rindu nak post.

sekarang ni dah tak boleh nak on9 mcm slalu.
saya busy. hehe. 
sengaja membusy kan diri sebab nak larikan diri dari kebosanan.
dah la cuti panjang.

SUKACITANYA, nak ucapkan tahniah sebab bergelar gadis or jejaka bekerjaya. (ntah pape )
 and tahniah  yang kedua sebab aku sure hampa suma dah paham erti  penat lelah mencari wang untuk menyara hidup ~~hee
and for sure..pengalaman suka dan duka akan terpahat dlm hidup kita (mode skema batu )

kepada yang tak bekerja tu :
silalah cari kerja. sebab banyak pengalaman hidup yang anda akan dapat ^^
selain tu, $$$$$ pun dapat..
hehe =p



THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Sunday

http://www.emocutez.comrespon to " KENA REJECT LAGI"

Dear yana..

aku post ni semata2 untuk ko. 
so tolong la terharu. haha. =p

jangan risau sangat. sebab kita sama2 kena reject weh! haha
tapi satu je aku nak pesan..
ko jangan la sampai pegi bakar USM tu..
kesian beb kat student2 sana..
especially yang amik medic taun last. tak ke naya diorang tu.
study macam nak biol kepala otak..heee

SATU LAGI SEBAB USM KAN  U APEX..
kalau ko pegi bakar..
abes la Malaysia xda U APEX.. hee =p
Result UPU sedang menanti kita tu.. aku doakan yang terbaik utk kita (:
maybe JODOH kita kat tempat lain. bukan USM tu.. hee XD

dah ni memang post special utk ko..
so....
aku nak ambik kesempatan nak ucapkan thanks sesangat coz menjadi peneman aku dikala suka dan duka sepanjang dua sem kat matrix~ hee
antara aktiviti bermoral yang kita sesama buat :
sama2 pegi curi2 beli roti 'vince' kat bistro time lecture or gap lecture~~
temankan aku withdraw (:
breakfast kat cafe time gap~ (lepas english ari jumaat)
pinjamkan aku duit time terlupa nak bawak..hee
 jadi library aku (pinjam report + tutorial sometimes) =p
still kawan ngn aku wlpon kdg2 perangai aku tak stabil. haha
yg plg penting.. 
slalu jadi cameragurl aku.. (aku bagi tauliah kat ko)
sbb aku pny fon x canggih macam ko.. hehe
apa lagi ye.. banyak sangat aku asa..
tak terucap & tak tertulis kat sini.


THANKS FOR EVERYTHING DIYANAH ISMAIL. (:





THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Friday

http://www.emocutez.comteringat masa lalu

Salam.
Dear readers.
Semoga sentiasa dalam perlindunganNya (:
Pagi tadi tengah xda keja..
So bukak ar lappy nih..
Usha2 pic..
Then ter usha la pic time bukak puasa kat luar last year.
Yes, last year.
Tapi rasa macam baru lagi. (aku rindu that moment la)
Kitorang tak rancang pun sebenarnya.
Seingat aku ramai orang balik kampung minggu tu tapi kitorang malas.
Sebab cuti pun tak lama..
Tambah2 gewe2 klate.
Jauh kan… (statement ni xsesuai untuk junpia. ) ;p
Tengah2 study.. boleh pulak la cik anis ckp..
“rara,, best jugak klu dpt bukak puasa kat luar.. lagipun ni taun last kita bley berbuka skali..”
Zaaappppp…….
Skali je angkat muka dari menghadap buku dengan muka excited gler. Haha.
Lepas bermusyawarah..
Done..
Junpia,aku,ina,anis,meeya,tihah, ngan mek lin yang pegi..
Yelah..kami je yang tinggal kat kolej pun..
Then, anis dah tempah kat Restoran Simpang Tiga, Ipoh.
Sekali dengar macam restoran biasa2 ja.. xpelah. Aku okieh je.
Janji dapat berbuka (:
Dalam pukul 4 camtu la kitorang bertolak…
Saja pegi awal.. nak g window shopping dulu.. ngeh2..
Suma xpenah pegi lagi.. dah la bukan rakyat ipoh..
Sampai2 tu..
Uish.. eksklusif jugak restoran ni. Nama biasa2 aja dong. Haha.
Kitorang pun cari la meja.. eh mana meja kita??
Xda pun nama junpia..
Tengok2 kat dalam! Hehe..
Taraaaa…

 *tempahan dibuat tanpa junpia tau nama dia telh diguna2 kan* 

Nasib la ada jugak.. mula2 tadi akak tu cakap kitorang xtempah..
Apa, dia ingat muka kanak2 comel ni xda duit ke nak bayar..haha
Sabar je la…
Lepas make sure kitorang punya meja dah ada..
   Pegi ar window shopping kat..(lupa dah nama tempat tu..hee)
*otw pegi shopping mall tu * 

(dekat je..jalan kaki xda la lenguh pun)hehe.
Time nak berbuka da sampai…
Sebelum tu.. biasa la.. mana lengkap kalo x bergambar.. hee

~ Lin, Ina & Tihah~

~ Junpia & Anis~


.
.
.
.
.

Okieh..sudah..
Eh2,,
Ada satu lagi gambar..



Hehe.. over je. Nak jugak pic dia kat sini :p
Time nak bayar yang paling best!
Kena beratur panjang..
Haisy.. sabar2.. da makan kenyang..kena la bayar gak..
Pakat kutip duit la.. takut xcukup..hee
Bil : RM 1**.**
Hm.. boley la…
Da tringin nak makan kat luar sangat. Hehe.
Oh ya.. tengah2 makan nampak jimmy shanley. Hehe (:
Dia cover muka ngn topi. Tapi  kitorang dapat detect lagi. Hebat! Hee
Korang.. aku rindu nak berbuka sesama lagi ..
(: thanks untuk suma ni :)


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.commana kamoo??






THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Saturday

http://www.emocutez.comKMM 187 (:

Assalamualaikum.
Dear readers (:

Kali ni nak memperkenalkan 'family' kt KMPK.
KMM stand for kumpulan mentor mentee..

Alhamdulillah, aku dapat mentor yang sangat best. 
sangat sporting 
dan
sangat membantu.

my mentor (: 
kitorang suma panggil  IBU..
sangat ambil berat pasal kitorang suma.

ni pulak kaum kerabat KMM 187..


lastly,, nak tunjuk 'family' paling rapat !

PUTERI BALQIS (:


bal ni da 2 tahun dapat jadi mentee ibu..
mesti rasa lagi best kan..

thanks IBU.. for everything.. (:


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)