Showing posts with label ingatmengingati ^^. Show all posts
Showing posts with label ingatmengingati ^^. Show all posts

Tuesday

http://www.emocutez.comKELIRU

ASSALAMUALAIKUM :)

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan
keluarga yang bukan Islam.
 
Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan
masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam
rumah.
 
Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara
penyembahan mereka di luar.
Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya
kepada kita....
 
"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
 
dan secara amnya, kita akan menjawab...
 
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"
 
jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....
 
Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
 
tetapi apabila kita memberikan jawaban ...
"dia tengah sembah tuhan dia"
 
kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,
India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan
mereka lain dr kita.
 
Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan
ALLAH"
 
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"
Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah
melainkan ALLAH"
 
Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang
salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan keliru kan mereka.
 
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".


petikan dari : Siri kuliah maghrib di Surau Al Mutaqqun USJ 12.  
 


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Monday

http://www.emocutez.comatuk kata =)


ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup
panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA ..... orang muda hidup memang baru
bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study ..... past year papers ..
etc .. etc .. etc ..

ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, berpartylah
sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

wallahu'alam..
NOTAKAKI:THANKS  LISANUL HAKIM (:


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Saturday

http://www.emocutez.com4 GOLONGAN LELAKI


Pertama : Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat :Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan anda.

Dimanakah kedudukan anda wahai kawan-kawan?
Mari bersama kita muhasabah diri. 
MAY ALLAH BLESS.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)