Wednesday

http://www.emocutez.comSay 'YES' to Cover Aurat :)

Sebenarnya nak buat tajuk entry "Apa Alasan Untuk Tidak Menutup Aurat? " Tapi tetiba rasa macam tajuk entry yang sekarang ni lebih mesra alam gitu. HEHE

Aku nak share something yang terjadi semasa hari kedua kerja part time bagi mengisi masa cuti sem yang agak lama. Alhamdulillah, ada rezeki untuk bekerja di butik. Untuk makluman, dah bermula promosi jualan baju raya, tudung raya dan semuanyalah yang berkaitan dengan raya. *walhal  puasa belum start* Dunia dunia.. :p

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Al-kisahnya, ada customer, sepasang suami isteri bersama sepasang cahaya mata mereka mai la usha usha baju kurung. Kemudian, anak mereka si adik yang lelaki ni menarik-narik tudung awning butterfly tiga layer *tudia nama tudung sekarang tak boleh panjang lagi ka* bukan tarik nak merosakkan haha tapi sebab nak pakai! Aku senyum ja lah tengok adegan yang pada mulanya aku rasa biasa sebab beliau kanak-kanak. Lepas tu, mak dia pun bercerita.. Si adik lelaki yang usianya lebih kurang 2 tahun setengah ni selalu pakai tudung kakak dia (si kakak ni umur lebih kurang 5 tahun). Sebab?? Dia tengok muazzin dekat TV pakai serban macam gaya tudung *adik tu ingat serban sama dengan tudung* faham kan gaya yang aku maksudkan? hah kalau tak faham boleh la refer gambar di bawah.
Gambar ini tiada kaitan dengan kontroversi yang sedang melanda segelintir masyarakat Malaysia sekarang *if u know what I mean*

Haa stail pemakaian serban oleh muazzin tu macam ini lah , yang buatkan adik lelaki comel yang osem tu ingat beliau perlu pakai tudung jugak. Sebab tu la beliau tarik-tarik tudung tu nak beli. Comel betul la wahai adik. Rasa macam nak bagi hadiah cekelat. :p Si adik yang lelaki ni semangat nak pakai tudung tapi  sebahagian kakak-kakak, makcik-makcik, Datin serta Puan Sri tak pulak rasa nak beli dan yang paling penting MEMAKAI tudung or in other word menutup aurat di bahagian kepala. Taufiq belum sampai mungkin, kan? Kalau nak cakap hidayah yang membawa maksud petunjuk, dah ada dalam Al-Quran menyatakan kewajipan bagi seorang MUSLIMAH untuk menutup aurat. So, salah Encik Taufiq la kan sekarang ni? Mana anda wahai Encik Taufiq. Cepatlah menjelma.....

Adik yang tak baligh lagi ni pun dah ada rasa tanggungjawab nak tutup aurat (walaupun sebenarnya beliau salah faham), so kita-kita yang usia tak boleh dibilang dengan jari tangan yang sepuluh tu haruslah lagi lagi dan lagi ada rasa tanggungjawab. :)

Anda tahu tak, anda nampak sangat comel, menawan, cantik tertarik kau memang da bomb bila pakai tudung ataupun menutup aurat dengan sempurna. Kalau tak, takkanlah Hannah Foster (American exchange student in Malaysia) berminat dengan pemakaian tudung (dan memang pakai pun) juga published as twitcon beliau di twitter suatu ketika dahulu. Omputih yang belum kembali kepada fitrah tu pun menunjukkan minat terhadap pemakaian tudung.
Hannah. Cantik.
 So apa lagi alasan kita? :)

Atas rasa kasih dan sayang kepada sahabat sekalian yang mungkin ada diantaranya masih ragu-ragu untuk menutup aurat dengan sempurna, mungkin kerana kurang yakin dengan diri ataupun rasa macam tiada sokongan, maka saya dengan ini mengisytiharkan saya menyokong 200% perubahan anda untuk menutup aurat dengan osemnya ;) Jom kita sama-sama berubah. Biar sedikit demi sedikit asalkan istiqamah dalam membuat perubahan. Kita ambil langkah maju kehadapan, bergaya dengan menutup aurat menurut syariat Islam.
Tak susah. Hanya TIGA langkah.
PERTAMA
Setiap kali sebelum keluar rumah ataupun berhadapan dengan mereka yang bukan mahram check pemakaian kita (contoh : hanya wajah dan dua telapak tangan selembut sutera yang boleh di expose *refer 24:31*, tudung menutupi bahagian dada *refer 33:159*, baju tidak ketat dan tidak jarang)
KEDUA
Lihat cermin, senyum dan ucap tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menutup aurat dengan sempurna :)
KETIGA
Keluar rumah dengan penuh bergaya ^^

Mudah bukan? :)

Selingan~ UAI cakap kalau pakai baldi pun still cover aurat, cuma kena tebuk lubang saja lah dekat baldi tu, takut tak nampak.LOL :D

So tak kisah la nak pakai apa pun, yang penting aurat kita terpelihara! ;)

Adios.


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Saturday

http://www.emocutez.comRandom #1




Setelah sekian lama tak update blog tetiba update entry letak gambar ni.
Beliau sedang menunjuk-nunjuk sijil kahwin beliau. Motif?

Aku, syarah, sya dengan lala.
Kami berempat together-gether  pi ambik kursus ni.  Yang bestnya empat-empat orang tu TAKDA calon.

Bila call mak bagitau nak pi kursus kawen, dah agak apa ayat first yang mak nak tanya.. "Dah ada ka?"
Dan macam biasa, standard jawapan yang selalu aku bagi.. "Tunggu mak cari".
Macam biasa jugak mak akan reply " Cari sendiri la. Taste orang tak sama".
Aku smash balik. " Takpa, orang kata pilihan mak selalu yang terbaik".
" Cari sendiri la senang sikit"
Me was like ..................

Okay. Case closed.

Last but not least,
Cer tengok muka syarah punya semangat lepas dapat sijil. HAHA

Nabila. Syarah. Syairah.


#DoakanKamiBerempat #eh


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)

Wednesday

http://www.emocutez.comSebelum terlena

Tetiba terasa nak post something.
*sigh sepanjang yang boleh*
Okay, cukup.

Tak tahu macam mana boleh terfikir pasal ni tadi. Mungkin sebab aku baru upload cover photo baru untuk satu group di Fb.
Ni gambar yang aku upload,

Okay, kenapa dengan gambar ni?
..................

Aku just terfikir ada tak orang yang doa untuk aku masuk syurga bersama sama dengan mereka  nanti?

Malam berlalu tapi tak mampu ku pejamkan mata dirudung rindu kepada mereka yang wajahnya mengingatkanku akan syurga. Wahai fajar terbitlah segera, agar sempat ku katakan kepada mereka,
''AKU MENCINTAI KALIAN KERANA ALLAH''
-Umar Ibn Al-Khattab r.a-



.......SEKIAN.......


THANKS.HAVE A NICE DAY. =)