Saturday

http://www.emocutez.comMuslimat Rabbani Awesome


Berdasarkan tajuk entry kat atas tu, bukan nak cakap yang aku dah join group nasyid Rabbani. HEHE
Hakikatnya, tu nama satu program. :)
Last weekend, aku join Kem Muslimat Rabbani dekat sekolah lama yang terchenta SMKAY. Bukan sebagai peserta, tapi join sebagai fasi *cewaahh kelass kauu jaahh* =p
Dah lama sebenarnya diri ni tak jadi fasi. Last jadi fasi tahun lepas! TAHUN LEPAS okay, dekat UPM. Punya la lamaa kan -.-
Tu yang tergagap gagap sikit nak jadi fasi kat sekolah sendiri pulak. HAHA Plus, adik adik yang kami handle semuanya hebat hebat dan pandai pandai. Terasa diri ini kerdil saja. -.-

Okeh, Pengembaraan bermula!!!! =)

Kereta yang dipandu Cik Liya selamat sampai di perkarangan ASPURI (Sebenarnya terTYPO ASPURA tadi) Apa kena la aku ni. Haihh
Ketibaan kami di sambut dengan paluan kompang bersama dengan *OKAY, TERUSKAN BERANGAN!* HAHA
Kak Tiqah aka PENGARAH PROGRAM la menyambut ketibaan kami. Lepas tu dapat jumpa Cik Dyan jugak. Dyan pun dah lama sampai,  kena tunggu kami yang lambat ni. SORRY.

Aku teragak-agak nak turun dari kereta. Aku taktau apa perasaan mereka mereka yang lain. Ka aku sorang saja yang ada perasaan macam tu? HEHE Bukan teragak agak kenapa. Tapi rasa segan dan seganlah =p Tapi tak tunjuk sangat lah perasaan tu. Cover saja. Yang bestnya kat sini, sampai sampai ada orang tolong angkat barang! HEHE Adik adik Form 4 yang aku jumpa dekat sekolah pagi tadi rasanya. *Time ni tak berapa nak kenal lagi siapa mereka tu* Anyway thanks ya.

Seperti yang diwarwarkan oleh Ustaz Rosli, kami stay dekat bilik warden. Tak kisah pun kat mana sebenarnya. Janji ada tempat boleh rehat sikit sikit cukup la. :)
Dah masuk perkarangan ASPURI tu, ada mata mata yang penuh dengan tanda tanya tengah tengok kami berlima (Aku, Dyan, Zahidah, Liya, Anis)
Dalam hati aku cakap 'Siap la budak budak ni, aku brainwash dengan clorox nanti!'
Tipu saja. HAHA Niat kami semua ke sekolah  cuma nak bagi pendedahan dan bantu mereka apa yang mereka tak tahu. Kami kan dah besar, dah matang. CEWAAAHH =p
InsyaAllah niat kakak kakak fasi semua yang datang ni bukannya nak tunjuk we are better than you but.. let us show you something better :)  
Fokus untuk kem ni adalah untuk adik adik Form 4 dan lepas tu adik adik Form 2 join jugak. InsyaAllah kem ni dapat guide diri dan jugak adik-adik supaya  menjadi Muslimat Rabbani.

SELINGAN~~ sumber : ProfGoogle

MUSLIMAT RABBANI? Apa tu?
Ok,meh sini nak bagitau. Muslimat tu tau kan, maksudnya Wanita Islam. Rabbani dalam konteks ni bermaksud orang yang memiliki sifat yang sangat sesuai dengan apa yang Allah harapkan. 
Bila di adunkan (Sedapkan bunyinya? Macam cookies pulak nak adunkan adunan) Muslimat Rabbani tu, maksudnya Wanita Islam yang memiliki sifat yang Allah redha. 
Semua yang hidup kat dunia ni, walaupun siapa dia tu, besar mana pun pangkat, cantik mana pun rupa paras, matlamat kita yang utama hanya satu, nak cari keredhaan Allah. Kan? :)

Sebenarnya aku sendiri pun bukanlah layak nak pi bagi nasihat bla bla bla dekat orang. Tapi kalau kita nak tunggu diri ni sempurna, nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak nasihat atau bagi peringatan dekat orang then sampai bila nak tunggu? Kalau Allah tarik nyawa sebelum sempat kita bagi peringatan kat orang, tak ke rasa ralat -.- Na'uzubillah.

Ok, back to our topic :)

Kalau diikutkan memang banyak nak cerita kat sini dan macam macam yang nak cerita.
Sehabis ringkas, aku try untuk cerita semua ni. Kalau ikutkan Cik Dyan, dia suruh buat in detail. Tapi terasa macam panjang semacam la pulak entry ni nanti. HIHI (Ni pun dah berjela jela)

Di sini lah pertemuan pertama berlaku antara aku dan juga Izzat, Nurul dan Michelle. Mereka ni fasi jugak.
Mula mula tengok dah nampak trio ni ayu semacam saja. Rasa segan menyelubungi diri. Betapa kerdilnya diri. :/
Lepas kenal tak sampai pun satu malam tapi dah rasa macam kenal lama. Sembang dan gelak gelak macam kawan lama.
Nurul!! Kak ira rindu nak dengar gelak kamu. Dahsyat jugak Nurul gelak :p (Nampak line tak?)
Michelle pulak jenis yang senang masuk. Friendly. Coolio habis.
Izzat pulak sporting!! Keayuan mereka masih terserlah di sebalik perangai yang agak 'gila-gila'.
Kesimpulannya mereka ni sangat awesome! rinduu rinduu :')

Okeh, sekarang adalah masa yang di tunggu tunggu. Aku nak tempek gambar adik adik yang comel comel belaka.  :)



Macam biasa, setiap kali Kem, peserta akan dibahagikan ke dalam group. Aku dan Dyan satu group. 
Ni group kami !!!
Suci kan muka adik adik kami, paling suci muka KIKI :) * Ada satu peristiwa kenapa KIKI di gelar muka suci * XD












Ni pun group aku jugak. HEWHEW Ada dua group. Kenapa? Jangan tanya, panjang sangat nak huraikan pun. Yang pasti both group sangat best! :)








Group Anis, :)

NEXT.. Group Liya

Then group semalaman Zahidah. Lepas tu adik beliau semua lari tinggalkan beliau!! =p



Lagi gambar...

Tak dilupakan menu DM yang menjadi santapan harian dulu kala. Ini ja yang sempat di SNAP. Yang lain semua di NGAP dulu.

Antara mereka mereka yang sedang menjamah makanan. Psstt.. kami compete dengan meja sebelah time makan. Pemenangnya of course meja sebelah HEHE *Ampunnn*
Antara aktiviti yang di jalankan.
Slot Mahabbah Rasul tu adalah first slot. Touching sangat time ni. Kak Tiqah yang handle. Boleh dikatakan semua orang menangis kan kan? Part paling tersentuh bila Kak tiqah tanya.. 'Andai anda diberi masa SEMINIT untuk berjumpa dan duduk bersama Rasulullah SAW, apa yang ingin anda katakan?' Time tu, aku usha usha jugak adik adik ni, air mata keluar mencurah curah. Yang tengah usha ni pun tak terkecuali jugak :p Plus, di tayangkan jugak video antaranya khutbah terakhir Baginda SAW. :')
Gambar atas sebelah kanan tu, adik adik di minita  untuk menulis seutus surat kepada Rasulullah SAW seandainya Rasulullah SAW masih ada. Apa yang ingin mereka katakan kepada Rasulullah SAW. Macam macam lah yang di tulis kan? Adik adik! Kami (Fasi fasi anda) curi baca jugak apa yang adik adik tulis tu. MashaAllah, adik adik ni semuanya hebat hebat. ( Pssttt...mereka ni sangat sesuai di buat calon isteri solehah tapi sayang, mereka masih muda HEHE ) Semuanya hendak bersama Rasulullah di akhirat kelak. Semuanya rindukan Rasulullah SAW. :') Semoga Allah menghitung tiap titisan air mata yang keluar pada malam itu sebagai bukti betapa Umat Muhammad rindukan Baginda SAW :')

Seterusnya Slot Dimana anda berada. Ni slot yang ke berapa ntah, dah tak ingat. Ehemmm eheemmm!! Slot ni di handle oleh aku dan Dyan. ;) Slot ni memberi penekanan tentang aurat sebagai Muslimah. Alhamdulillah, sedikit sebanyak di harapkan slot ni dapat membantu adik adik. Kak ira dan Kak Dyan minta maaf kalau ada salah silap sepanjang kami handle slot ni. DAN DAN DAN, di akhir slot tu ada ditayangkan video dari Aiman Azlan. Masa di tayangkan video ni ada sikit masalah dekat sound system so susah lah sikit nak dengar. Sorry yaa adik adik -.-
Di bawah ni ada letak video yang di tayangkan haritu. So siapa yang kurang jelas time di tayangkan haritu, boleh tengok kat sini!!  :)



Credit to Aiman Azlan.

Ada banyak lagi slot dalam Kem Muslimat Rabbani ni tapi tak dapat  nak masukkan semua dalam entry.
Gambar pun kurang sebab Cameragirl yang Profesional tak upload gambar lagi. HEHE Cikgu Michelle busy dengan kelas dan assignment beliau. :)
So aku tempek gambar gambar yang mana ada saja.
Adik adik menyanyikan lagu tema 'menuju wawasan' :)
Solat maghrib, Isyak dan Qiamullail di Surau An Najah SMKAY :') RINDU!!

Fasi bersama adik adik :)

FASI FASI ^^
laagggiiii gambar FASI
Group aku dan Dyan :)

Group aku jugak

KAMI LAGIIII

Gambar Michelle, Tiqah, Asma, Nurul dan Izzat tak da kat sini. Nurul dan Tiqah ada juga lah terselit sekeping. Maaf ya, bukan provokasi tapi guna handset so semestinya gambar group sendiri yang ada dengan banyaknya. Dapat pulak fasi yang tak habis habis nak bergambar. ISH ISH -.- kesian adik adik.

Terima kasih banyak banyak Dyan!! Sanggup tunggu berjam jam untuk send gambar ni.
So sebagai hadiah kena tempek gambar dia banyak banyak!
Thanks jugak tolong tangkap gambar group aku dan sabar melayan kerenah aku :p

Akhir kata Majulah sukan untuk negara!!
EHH EHH..
Majulah MUSLIMAH RABBANI untuk ISLAM!!

DYAN!!

LOVE YOUUU~~ HUHU
Tak dilupakan jugak, nak tempek gambar yang HOT di FB

Dyan melayan peminatnya :p
Macam aku cakap di awal tadi, banyak benda nak cerita tapi stop dulu lah sampai sini. Later I update entry pasal ni lagi. Ada satu kisah menarik lagi tertarik yang kisahnya SUBHANALLAH can't explain by ordinary word. :') 
InsyaAllah kalau diberi keizinan dan kesempatan kita cerita okay?

Kepada adik adik sekalian,
Kak Ira mewakili semua fasi dan juga Pengarah program, Kak Tiqah mohon maaf atas kekurangan dan salah silap sepanjang kami kendalikan Kem Muslimah Rabbani. 

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama. 
Terima kasih Ustaz Rosli. Selalu mengutamakan keselesaan kami semua. 
Terima kasih Ustazah Ilham. Bagi duit raya dekat kami walaupun puasa baru nak bermula :) 
Terima kasih adik adik yang di sayangi. Tak pernah tak dengar cakap. Selalu okay saja walaupun terpaksa berpindah randah ke banyak tempat sebab sedikit kekeliruan yang berlaku. Tragis betul kan? Tapi tu lah kenangan dan juga pengajaran untuk para fasi supaya lebih teliti lepas ni, InsyaAllah :)
Terima kasih untuk semua cikgu cikgu. Terlalu ramai, tak dapat nak di nyatakan dekat sini. Tapi sentiasa di hati. <3
Terima kasih Pakcik Rosli bagi bantal lebih dekat kami :p
Terima kasih Pak Long, bagi makanan freeeeeeee.
Terima kasih DM SMKAY. 
Terima kasih adik yang selalu pasang LCD tu. Tak ingat nama.
Terima kasih warga SMKAY.
Terima kasih Tiqah, Liya, Dyan, Anis, Zahidah, Nurul, Michelle, Asma dan juga Izzat!!

ALHAMDULILLAH. SYUKUR.

NotaKakiTangan: Ringkas sangat kan entry kali ni? LOL

I MISS THEM. :')



THANKS.HAVE A NICE DAY. =)